Soalan 1 : Berapakah kos atau harga untuk membangunkan setiap projek?

Jawapan : Oleh kerana setiap projek adalah berbeza dari segi fungsi dan kerumitannya, sebab itu ia adalah payah untuk menetapkan harga yang tertentu. Sila senaraikan keperluan dan fungsi-fungsi projek anda yang terperinci supaya saya dapat menganggar kos untuk projek tersebut. Sekiranya anda belum ada fungsi projek yang terperinci, anda boleh hubungi saya dan berbincang untuk anggaran kos.

 

Soalan 2 : Berapa lama yang diperlukan untuk menyiapkan setiap projek?

Jawapan : Masa untuk menyiapkan setiap projek tertakluk kepada bilangan fungsi-fungsi dan kerumitannya. Jikalau projek tersebut berskala besar dan rumit, maka ia akan makan masa yang lebih panjang. Berdasarkan pengalaman saya, masa yang diperlukan untuk menyiapkan satu projek adalah dalam lingkungan beberapa hari sehingga beberapa bulan.

 

Soalan 3 : Apakah bahasa pengaturcaraan yang anda paling mahir?

Jawapan : Sebagai pengaturcara, saya perlu sentiasa menyikuti perkembangan terbaru dalam bidang IT supaya saya dapat memenuhi pelbagai keperluan pelanggan saya. Oleh itu, saya sentiasa mempelajari teknologi IT dan bahasa pengaturcaraan baru. Anda boleh melayari "Profil" untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang teknologi dan bahasa pengaturcaraan yang saya gunakan. Walau bagaimanapun, Java adalah bahasa pengaturcaraan yang paling digemari saya :)

 

Soalan 4 : Kenapa saya tidak menyenaraikan semua keterangan projek-projek yang telah siap secara terperinci?

Jawapan : Oleh kerana saya pernah menandatangani Perjanjian NDA (Non-Disclosure Agreements) dengan syarikat-syarikat tertentu, saya tidak boleh mendedahkan butir yang sulit tentang projek tersebut. Tujuan saya menyenaraikan projek-projek yang telah siap hanyalah untuk menunjukkan kemahiran saya yang menyeluruh dalam bidang IT.