Saya seorang graduan dari University of Missouri-Columbia (Amerika Syarikat), dengan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Komputer.
Kerjaya saya bermula sebagai seorang Penganalisis Programmer / Programmer di IAT (AS), yang bertanggungjawab untuk membuat pengaturcaraan perisian
dan R&D hardware mudah alih.
![]() |
![]() |
Dalam beberapa tahun yang berikut, saya telah berkerja dalam beberapa syarikat IT di Malaysia untuk meluaskan pengalaman saya.
Pada tahun 2004, saya mula memberi perkhidmatan pengaturcaraan kepada pelanggan dan kemudiannya menubuhkan perniagaan saya sendiri.
Bekerja sebagai pengaturcara bukan sekadar satu kerjaya bagi saya, tetapi ia juga adalah hobi saya.
Oleh itu, saya sentiasa bersemangat menerima cabaran baru dalam projek-projek pengaturcara. Saya sentiasa menyikuti perkembangan
teknologi maklumat terkini dan juga mempelajari pelbagai bahasa pengatucaraan baru. Bermula dari Pascal, C / C++, Unix dan Java, PHP,
kini saya telah mempelajari Android dan Objektif-C (iPhone) untuk pembangunan Apps.
Dengan pengalaman pengaturcaraan yang melebihi 15 tahun dalam pelbagai jenis projek, saya mahir dengan pelbagai bahasa
pengaturcaraan dan mampu membangunkan sistem komplek yang menyepadukan pelbagai platform, termasuk hardware khas seperti
pembaca kad SmartCard, RFID, pembaca ibu jari, Windows CE dan lain-lain.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kemahiran Pengaturcaraan saya,
berikut adalah senarai kemahiran saya dalam Bahasa Pengaturcaraan / scriptings dan platform. (Senarai akan sentiasa dikemaskini):
Languages Scriptings CSS Databases Servers Platforms Reporting Others |
Testimoni :
"We are into Oil & Gas well testing business serving a wide range of international and local IOCs, NOCs and well services companies. We did contract Wee Programming to develop a software application so our users can process our downhole tools data. Our project was very professionally handled and executed in a timely manner, and more importantly our clients feedbacks have been excellent. Definitely, we recommend Wee Programming services." |
- Openfield Technology |
Pelanggan Saya :
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |